Posts

Showing posts from August, 2023

About us

Image

THE BEST LAKSA IN GERIK !

Image
 Laksa Telur Bersarang Kak Cah sebuah kedai makan yang agak terkenal di Gerik,Perak manakala hidangan istimewa di situ ialah sudah pasti menu utamanya iaitu laksa telur bersarang. Laksa Telur Bersarang ini dimiliki oleh Puan Noraisah Binti Mat Zaid. Nama menu yang sangat unik, sekali gus mampu menarik perhatian orang ramai bertandang ke Gerik, semata-mata kerana semangkuk laksa sarang yang sangat menyelerakan tu je tau! Mungkin ramai yang bersangka harga meny disini agak mahal, tapi harga yang mereka tawarkan sangat lah murah dan berpatutan tau! And untuk makluman u olls, Laksa Telur Bersarang ni buka setiap hari tau, Jumaat je dorang rehat demi memenuhi kehendak pelanggan yang hampir setiap hari mesti penuh kedai dorang ni! Waktu beroperasi Sabtu hingga khamis jam 12:30 tengahari hingga la 9:00 malam. Oh btw cuti umum pun bukak tau! Untuk sebarang tempahan boleh hubungi Puan Noraisah di 0195551865 https://www.facebook.com/noraisah.zaid?mibex

JELAJAH SANTAI SELEBRITI & MEDIA KEMBALI BUAT SIRI KE 56

Image
Program Santai Selebriti & Media ini adalah sebuah program bertemakan pelancongan domestik sambil menyatukan silaturahim membabitkan media seperti wartawan dan para artis tanah air dalam aktiviti lawatan ke lokasi pelancongan dan bersejarah serta aktiviti berkonsep santai sambil mempromosikan para pengusaha pelancongan dan usahawan di Malaysia disampinkan meningkatkan lagi taraf ekonomi penduduk Malaysia. Anita Entertainment & Production atau lebih dikenali sebagai AEP antara syarikat terawal yang mula menganjurkan program seperti ini dan kini Santai Selebriti & Media bakal memasuki siri yang ke 56. Bertarikh 1 hingga 3 Sepetember 2023 ini, AEP bakal menganjurkan Santai Selebriti & Media Eco Pelancongan sambil bergabung dalam berkejasama dengan Festival Makanan Laut yang dilangsungkan dari tarikh 31 Ogos hingga 3 September 2023. Program ini juga bakal bekerjasama dengan syarikat Tulang Ikan Design, Tourism Malaysia, Adabi,Beutiful Terengganu dan banyak lagi.  Progra...