Membingkai Kesyukuran: Detik Istimewa dalam Majlis Umrah & Haji Bersama Anak-anak Yatim di Galeri Raudah
Majlis Kesyukuran Umrah & Haji Sambutan Hari Bersama Anak-anak Yatim Nur Hasanah di Galeri Raudah pada 22 Disember 2023 (Jumaat) telah berlangsung dengan lancar dan meriah pada jam 3 hingga 5 petang di Rumah Anak-anak Yatim Ar Raudhah, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Majlis ini dianjurkan oleh Anita Entertainment & Productions, Al Kangsari Travel & Tours, dan Ar Raudhah.
Majlis yang diatur secara sederhana ini mendapat kerjasama dari Al Kangsari Travel & Tour dari Kuala Kangsar, Perak. Antara penggerak majlis ialah Anita Entertainment, Galeri Ar Raudhah, dan Al Kangsari Travel & Tour. Puan Anita Yusop dan pengasas Galeri Ar Raudhah, Ustaz Zawawi Ar Baah, turut menyertai majlis.
Majlis ini diadakan untuk memberikan taklimat kursus Haji & Umrah serta mengadakan jamuan kesyukuran untuk peserta umrah. Turut hadir dalam majlis ini ialah tetamu jemputan khas dari Al Kangsari Travel & Tour, komposer Dato S Atan & isteri Datin Hajjah Izan, Ayahanda Rani Kulop, wakil dari Persatuan Veteran ATM tidak berpencen Malaysia, dan beberapa selebriti terkenal seperti Khaty Azian, PAPA Rock, Shahz Kazen, dan lain-lain.
Beberapa aktiviti menarik diadakan, termasuk lawatan ke Galeri Barangan Artifak sejarah Rasulullah di Galeri Ar Raudhah bersama pengasasnya Ustaz Zawawi Arbaah. Selain itu, majlis ini turut menyampaikan sumbangan kepada Galeri Ar Raudhah dan sumbangan bagi rakan selebriti PAPA Rock.
Majlis diresmikan oleh Ayahanda Rani Kulop ARKA, dan taklimat lanjut kursus Haji & Umrah disampaikan oleh Haji Mohd Nazan Bin Mohd Razali, Pengarah Al-Kangsari Travel & Tours Sdn Bhd, dan Datin Nora, Pengarah Kanan Al Kangsari Travel.
Bagi mereka yang ingin memberikan bantuan prihatin kepada Anak-anak Yatim dan sumbangan pembangunan Galeri Ar Raudhah, sila layari laman Facebook atau laman Galeri Ar Raudhah.




Alhamdulilah...
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah Nita n semua yg menjemput Aku arritu 👍👍
ReplyDelete