JELAJAH SANTAI SELEBRITI & MEDIA KEMBALI BUAT SIRI KE 56
Program Santai Selebriti & Media ini adalah sebuah program bertemakan pelancongan domestik sambil menyatukan silaturahim membabitkan media seperti wartawan dan para artis tanah air dalam aktiviti lawatan ke lokasi pelancongan dan bersejarah serta aktiviti berkonsep santai sambil mempromosikan para pengusaha pelancongan dan usahawan di Malaysia disampinkan meningkatkan lagi taraf ekonomi penduduk Malaysia.
Anita Entertainment & Production atau lebih dikenali sebagai AEP antara syarikat terawal yang mula menganjurkan program seperti ini dan kini Santai Selebriti & Media bakal memasuki siri yang ke 56. Bertarikh 1 hingga 3 Sepetember 2023 ini, AEP bakal menganjurkan Santai Selebriti & Media Eco Pelancongan sambil bergabung dalam berkejasama dengan Festival Makanan Laut yang dilangsungkan dari tarikh 31 Ogos hingga 3 September 2023. Program ini juga bakal bekerjasama dengan syarikat Tulang Ikan Design, Tourism Malaysia, Adabi,Beutiful Terengganu dan banyak lagi.
Program ini bakal diadakan di Dataran Jambatan Angkat Kuala Terengganu. Terdapat banyak aktiviti yang akan dianjurkan, antaranya adalah candat sotong. Hadiah keseluruhan yang disediakan adalah sebanyak RM 20,000 menanti. Para selebriti dan media akan bergabung bagi memeriahkan lagi suasana program ini. Antara media yang bakal mengikuti adalah media massa, media eletronik dan media online ( bloggers) .


Nice event
ReplyDelete